" Ohara means Family, Family means nobody left behind "

Thursday, 21 April 2011

Mengimbau Honeymoon kami di Pulau Bali, Indonesia (16~20 Mar 2009)

Majlis perkahwinan kami berlangsung di 2 tempat, di kediaman aku di Pahang, majlis akad & jamuan makan di adakan pada 28 February & 1 March 2009. Manakala jamuan ke dua diadakan di sebuah Restaurant di Batu Pahat, Johor pada 14 March. Selepas selesai kedua2 majlis tersebut, pada 15hb kami terbang dengan Air Asia dari LCCT, KLIA ke Pulau yang terkenal iaitu Pulau Bali di Indonesia. Kami pergi tanpa mengikut pakej sebaliknya memilih utk melakukan percutian DIY. Kami mengambil keputusan untuk menetap 5 hari 4 malam disana, memang satu tempoh yang agak lama, namun pulau Bali yang nampak begitu kecil di peta dunia agak luas & memenatkan untuk diterokai.
Kami bertolak pagi lebih kurang jam 10pagi dari LCCT dan mendarat di pulau bali lebih kurang 1 jam kemudian. Kami menaiki teksi dari lapangan terbang seterusnya ke Hotel pertama kami di Jimbaran dengan harga RP50k. Kami memilih untuk menetap di 2 hotel yang berasingan untuk merasai suasana tinggal di tepian laut (Jimbaran sangat terkenal dengan hidangan makanan laut & pemandangan matahari terbenam yang begitu romantik) yeah pilihan terbaik untuk pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga seperti kami. Hotel pilihan kami ialah Hotel Puri Bamboo. Kami menetap 2 malam di sini sebelum menetap di Hotel Oasis yang terletak di Kuta, kota besar di pulau Bali ini.
Di Jimbaran, kawasan yang agak terpencil tetapi memang menjadi tumpuan wajib bagi para pelancong yang datang ke Bali untuk menikmati makan malam seafood di sini. Hari pertama di sebelah petangnya kami berjalan berdua-duan berpegangan tangan menyusuri pesisir pantai Jimbaran yang nampak tenang. Terdapat pelbagai pilihan restaurant yang menyajikan makanan laut & berkonsepkan ala-ala romantic (candle light dinner) menghadap metahari terbenam. Kami sempat berkunjung ke pasar tempatan yang menjual hidangan petang tempatan & buah salak yang sungguh manis. Aku tak melepaskan peluang untuk merasai salak bali yang sangat manis itu..oh lazat sungguh. Di sebelah malamnya kami hanya berjalan kali lebih kurang 10minit dari hotel kami menginap ke pesisir pantai Jimbaran tadi untuk menikmati hidangan makan malam serta menikmati pemandangan matahari yang terbenam begitu indah dan mengasyikkan. Kami menikmati ikan bakar, lala goreng chili, sayur kangkung & tidak ketinggal medium lobster seperti gambar di bawah yang bernilai RM180 . Malangnya untuk pemilik restaurant terbabit kerana meraka terlupa untuk memasukkan bil lobster tersebut menyebabkan kami hanya perlu membayar RM100 sahaja (untuk makluman harga dalam rupiah indonesia)
Keesokkan nya kami mengambil keputusan untuk melawat beberapa tempat di Pulau Cinta ini, kami mengambil keputusan untuk mengupah tour guide untuk membawa kami melawati tempat2 menarik di sini. Dengan bayaran kalau tak silap aku RM180 sehari, seawal 7pagi sehingga 8malam...memang berbaloi dan amat memenatkan huh! namun kepuasan terpancar di wajah masing2....aku hampir lupa tempat2 yang kami kunjungi (yelah....sudah 2tahun berlalu, urat memory ku byk yang putus semasa melahirkan putera sulungku hahaha) Namun yang aku ingat, kami melawati tempat dimana karya seni lukis tempatan di pamerkan, ukiran2 serta pura2 (temple) yang terkenal disini. Namun aku tidak dapat untuk berkongsi banyak gambar2 yang di ambil pada honeymoon kami ini memandangkan keadaan wajah aku yg amat "mengerikan" ketika itu. Kenapa aku katakan ngeri....erm....seminggu sebelum majlis pernikahan aku, wajah ku diserang jerawat yang sangat dasyat, kelihatan seoalah2 aku terkena demam chicken pox. ramai yang menegur dan ada juga yang mengatakan itu angkara bekas kekasih ku, namun aku tidak mempercayai itu semua. Aku pasrah kepada yang Maha Pencipta, DIA mengetahui hambanya yang teraniya. Maka disebabkan percutian ini telah dirancang sebelum pernikahan kami, maka walau pun hudoh aku tetap di beri kekuatan untuk mengabadikan photo ku di sini, di pulau bali ini.Namun teramat malu untuk di kongsikan bersama,huhuhu
Alhamdulillah, setelah beberapa bulan mendirikan rumah tangga, wajah ku kembali normal, memang pelik...tapi Allah maha mengetahui apa sebenarnya yang terjadi huhu
 Diantara salah satu Pura yang terkenal, kami harus menutup "aurat" sehingga ke buku lali =P
Gambar atas: Pura atau temple lama. Dibawah gambar yang di ambil semasa perjalanan kami ke Gunung Kintamani, dimana aku tertarik dengan pemandangan padi bukitnya. Diatas keramahan penduduk bali yang rata2nya beragama hindu, kami sempat meminjam topi yang di perbuat dari sulaman daun kelapa. Suatu kenangan yang sungguh manis.
Gambar bawah: bersama tour guide kami....menikmati makan malam di Jimbaran lagi untuk malam yang kedua kerana hidangan makan malam ada di dalam pakej tour kami haha
Sebelum itu kami baru balik dari persembahan kebudayaan disini yang bagiku amat menyeramkan dan tidak sesuai untuk tontonan kanak2, Dan kami juga sempat berkunjung ke Gunung Kintamani iaitu gunung berapi yang masih aktif di Pulau Bali ini (gambar x dapat nak dikongsi disini kerana terdapat wajah hudoh aku di situ yang ebgitu jelas kelihatan) huhu
 Setelah 2 malam bermalam di Puri Bamboo, maka kami pun bergerak untuk bertolak ke Hotel ke2 di Kuta, kota Bali itu dengan menaiki van yang disediakan oleh pihak hotel Puri Bamboo. Di Kuta, kami menginap di Hotel Oasis yang terletak tersorok di belakang deretan kedai. Disini, bilik kami sememangnya berdekatan dengan kolam renang yang memanjang seperti gambar di bawah. Kami checkin dalam jam 1230tengahhari, menikmati hidangan tengahhari beristirehat sebelum memulakan pernjelajahan kami di kota Kuta.
 Kami mengambil keputusan untuk hanya berjalan kaki, walaupun dibakar panas mentari, tetapin kerana teruja untuk melihat tempat orang, kami tidak terasa penat. Destinasi yang dituju ialah Pantai Kuta. Kerana airnya yang bersih berbandinh Jimbaran, aku mendesak suami ku yang tersayang untuk bermain air disana. Mujurlah aku ada menyandang sebuah beg yang mengandungi pakaian mandi. Apa lagi, pasangan pengantin baru ini, bercanda & bergurau senda tanpa menyedari kulit kami dibakar panas mentari. Selepas lebih kurang 45minit berada di lautan, kami naik ke daratan untuk menukar pakaian dan meneruskan misi penjelahan. Kami memasuki sebuah pasaraya disitu yang dahulunya pernah di bom oleh pemberontak di sini (rasanya pasti semua tahu tentang kisah pengeboman di pulau bali ini). Sedang anyik bershopping, kami meneyedari kami kesusutan rupiah. mujurah honey ada membawa lebihan ringgit malaysia, maka kami terpaksa menukarkan matawang disana even denagn kadar yang rendah huhu (kami cuba untuk menikmati percutian ini dengan kadar yang rendah, maka total perbelanjaan kami sepanjang 5 hari disini termasuk flight ticket tidak melebihi RM3000) hehe
Setelah penat dengan aktiviti pantai, menjelajah kota Kuta, kami mengambil keputusan untuk pulang ke bilik hotel & berehat. Aktiviti akan diteruskan disebelah malam nanti.  Di waktu malamnya, suasana yang cukup hapening dengan bunyi music, riuh piuh kota Kuta dengan kebanyakkan pelancong asing (ramai mat saleh yang melancong di sini) dan kami tetap mencari Fast Food sebagai juadah dinner kami kerana pasti dengan kehalalan makanannya. Disini Pulau Bali terkenal dengan penganut hindu, yang rata2 memakan "Babi guling" sebagai hidangan istimewa hahaha, Malamnya kami hanya melepak di Starbuck sambil berkongsi cerita dan pendapat tentang Pulau Cinta ini.
  Pada keesokkan nya selepas bersarapan, kami harus check out diatas kesilapan mr hubby ku ini yang membeli ticket pulang ke KL seawal jam 6pagi huhuu maka malam ke 4 kami mengambil keputusan untuk bermalam di air-port Bali sahaja. Maka untuk xtvt siangnya kami menyewa sebuah motosikal & lugage kami tinggalkan di kaunter receptionis sehingga mentari terbenam. Seharian menyewa motosikal dengan harga RP50k , kami mengambil keputusan untuk memandu ke Tanah Lot yang terkenal dengan pemandangan yang cantik dan Pura yang kuno. Kami memandu berlandaskan peta pulau Bali. Perjalanan yang terasa amat jauh, keperitaan kulit yang dibakar mentari memang terasa, namun kami gagahkan jua demi untuk menghabiskan sisa masa sebelum sunset tiba. Kami tiba di Tanah Lot dengan perasaan yang berbaloi. Memang cantik sekali.
Selepas itu destinasi seterusnya kami ke Den Pasar untuk melihat Muzium Bali. Tiada apa yang begitu menarik selain Bali terkenal dengan ukiran2, patung2 seperti wayang kulit di Malaysia, kadang kala terdetik rasa seram bila melihat terlalu banyak ukiran & tinggalan2 lama di sini.

Selepas Den Pasar kami ke Sanur Beach, pantai tercantik di Bali dan terkenal dengan xtvt permainan laut. Namun kami terasa sangat penat, ketika itu, mana taknye sedari pagi lagi kami dengan misi penjelajahan kami. Maka kami menikmati makanan minum petang di situ dan dengan keramahan penduduk bali, maka di pinjamkan kami hamparan tikar untuk kami berbaring menikmati pemandangan lautan Sanur ini. Memang cantik dan teruja untuk bermandi manda disitu tetapi malangnya pakaian persalinan ku tinggalkan di kaunter hotel huhu
 Membersihakan diri di Hotel Oasis seteruskan jam 9malam selepas kami memulangkan motosikal yang disewa, kami berangakt ke air-port , bermalam disana untuk menunggu checkin flight at 530am sebelum kapal depature ke KL jam 6pagi. Begitulah pengalaman percutian bulan madu kami yang sememangnya tidak dapat ku lupakan sehingga ke hujung nyawa. InsyaALLAH.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...