" Ohara means Family, Family means nobody left behind "

Friday, 22 April 2011

Sambutan Hari Bumi Sedunia yang ke-40 pada 22-April 2011

Sempena sambutan Hari Bumi Sedunia yang jatuh pada hari ini 22-April 2011, yang juga merupakan sambutan yang ke-40. Tidak ketinggalan company tempat ku berkhidmat iaitu Freescale (M) S/B turut menganjurkan beberapa aktiviti untuk menunjukkan sokongan kita terhadap kempen tersebut.
Antara aktiviti yang diadakan ialah mengumpulkan barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas surat kabar,kertas, botol & kaca untuk dijual. Hasil jualan barangan tersebut akan disumbangkan ke The Freescale Relief Fund.
Selain itu turut di rentangkan sebidang banner yang digantung berhampiran kafeteria untuk para pekerja seperti aku menandatanginya tanda sokongan kami terhadap kempen tersebut. Aku tidak ketinggalan untuk mengabadikan tandatangan aku yang agak cute itu bersama2 dengan sahabatku Lala, sebaik sahaja kami selesai bersarapan pagi tadi. Itulah yang aku termampu buat untuk menyelamatkan bumi yang semakin terancam ini selain mengelakkan penggunaan plastik semasa membeli belah. Kami menggunakan beg IKEA yang agak besar, kukuh dan selesa setiap kali kami membeli barangan keperluan rumah di TESCO.
Aku sempat menyelitkan tandatangan ku di banner ini hehe
Sahabat ku, Lala turut serta mengambil bahagian 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...