" Ohara means Family, Family means nobody left behind "

Wednesday, 20 April 2011

Majlis Pertunangan Pak Usu Am & Norkiah

Tanggal 9 April 2011, terpatrinya tali pertunangan antara adik lelaki bongsu ku dengan gadis pilihan hati nya, Norkiah yang tinggal sekampung dengan kami. Atas izin kedua ibu bapa, Alhamdulillah majlis berlangsung secara sederhana di rumah pihak keluarga perempuan. Turut hadir memeriahkan majlis ialah kepulangan kakak sulungku dr Kuantan, aku sekeluarga, dan keluarga kak Cik yang tinggal di kampung bersebelahan.
9 dulang hantran dari pihak lelaki di balas 12 dulang hantaran dari pihak perempuan. Pihak kami memilih warna merah sebagai tema hantaran kami, manakala pihak perempuan memilih waran oren dan putih. Antara hantaran dari pihak kami ialah sebakul buah-buahan, cake, coklat, tuala, telekung solat, wang deposit RM1000 , sirih junjung serta tepak sireh penjunjung adat turut tidak ketinggalan.
Dulang2 hantaran dari kami di gubah indah dan penuh kreatif oleh kakak ku sendiri kak Cik, Ternyata bakat mengubahnye terserlah indah.

Disebabkan jarak antara rumah perempuan & rumah kami dekat, maka aku, hubby & baby turut hadir di majlis tersebut. Honey tidak ketinggalan untuk merasai mengangkat dulang hantaran hehe
Setelah rundingan di buat, pihak lelaki bersetuju dengan jumlah hantaran yang di pinta iaitu berjumlah RM7000 . Perjanjian yang di buat ialah wang hantaran bernilai RM7000 serba satu insyaAllah dalam tempoh 1 tahun dari sekarang, jika tiada aral melintang, di izinkan tuhan & di panjangkan jodoh mereka, maka majlis akad akan di adakan, InsyaAllah.
Emak lah orang yang paling bahagia bila anak bongsu kesayangan nya akhirnya telah bertemu gadis pilihan hatinya. Harapan kami bila mereka telah bersatu, Norkiah dapat tinggal bersama emak & abah seterusnya dapat membantu membuat kerja rumah seharian. InsyaAllah, itulah harapan kami =P

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...