" Ohara means Family, Family means nobody left behind "
Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Tuesday, 3 May 2011

Aktiviti hujung minggu yang lalu

Sebelum aku meneruskan penulisan blog ini, aku nak ucapakan SELAMAT HARI PEKERJA untuk semua warga Malaysia yang menyambut hari pekerja ini (yang tak kerja tak boleh sambut tau!! ) hahaha Sebab kerana sambutan hari pekerja inilah kami rakyat Malaysia mendapat cuti ganti pada hari Isnin bersamaan 2 May 2011 yang menjadikan weekend ini lebih panjang dari weekend2 yang sebelumnya..haha 3 hari tu beb!!
Namun, walaupun cuti itu 3hari, gunungan kain baju aku tetap setinggi gunung Kinabalu hahaha akibat asyik keluar merayap sampai tak ada masa nk melipat kain baju apalagi nk menggosok baju kerja suami =P

Moh aku story-mory kat mana kami merayap sehinggakan tak sempat nk "menarah gunung pakaian" kami haha
Sabtu
" Bangun pagi gosok gigi cuci muka & mandi...." haha pagi itu seperti pagi2 weekend yang biasa kami akan bersarapan di luar & seterusnya kami ke wet market untuk membeli bahan basah untuk memasak. Apa yang ku beli? erm....aku beli sepotong ikan merah, ikan selar kuning yg tecik2 tu, sayur bayam, daun kuchai (nk buat cengkodok...cedap!!), tomato, baby corn, brokoli (utk masakan baby) dan japanese mushroom & taufu. So tengahhari tu kami mencuci lantai hal, mencuci pakaian & aku menyediakan makanan tengahari yang hanya berupa mee suah...Sebelah petangnya lebih kurang jam 3petang kami berangkat ke rumah bos honey di Sri Petaling. Mereka ada gathering di sana, agenda tersembunyik is bos honey nk promote product Mellaleuca kat anak2 buah dia. Termasuk hubby aku namun, hubby aku terlebih dulu telah menjadi member product tersebut. Apa itu Melaleuca?? Korank boleg google kat link ini >> http://www.melaleuca.com.my/
 Telatah anak-anak yang begitu menghiburkan
 Pink day out....Abbie pun tak ketinggalan untuk berpakaian pink hehe


Lepak kat sana sampai jam 5ptg dan seterusnya kami semua berangkat ke Ulu Langat untuk menikmati juadah makan malam. Restaurant ini terletak berhampiran Look Up point tapi aku terlupa nama restaurant tersebut. Namun tidak ketinggalan untuk mengambil gambar sebagai tanda kenangan. Oh ya..restaurant ini menyediakan masakan ala Thai yang bersumberkan sayuran & seafood. So enjoy the pic below ya.
 Waiting for dinner ...tgk tu muka Abbie yang kelaparan
Abbie sibuk berborak dengan sis Carmen
 
 Dah kenyang makan ikan..jom kita tengok berapa ekor ikan yang masih bersisa di dalam kolam ini
 Wow!! banyaknya ikan....besar2 pulak tu
 Manggo pulut...Thai desert
Kerang terbesar yang aku penah tengok haha geli!


Ahad
Perancangan awal untuk kami berkunjung ke Zoo Negara (memandangkan enterance fee ke Bird Park dan Zoo tidak jauh berbeza) namun sebaik sahaja kereta kami tiba di Ampang dalam jam 11pagi, kelihatan awan gelap menyelubungi daerah sekitar gombak & melawati. Andaian kami hujan bakal turun memandangkan sekarang adalah musim hujan. So kami berpatah balik dan memandu ke Jusco Balakong (tempat biase lah...shopping complex!!) Niat untuk berwindow shopping terus menjadi tragedi apabila poket honey koyak rabak bila RM600 melayang di Eu Yan Sang. Selain dari membawa baby kami bermain & berwindow shopping, honey berniat untuk menghadiahkan emak ku Bird Nest semperna sambutan Hari Ibu....Happy Mothers Day Emak..I love you.
 Abbie teruja untuk menaiki permainan tersebut, so me & hubby pun mengambil keputusan untuk tidak menghampakan hasrat Abbie hehehe
 Cak!!!! Abbie cayang....jangan la takott...mummy kan ada hug nie ..
 Our new family car...jom balik kampung ahaks!!
 Abbie buat muka sebab mummy tak kasi drive haha (abbie memakai kasut baru yang baru aje di beli kat dalam Jusco tadi )
 Eh! Dh becau cayang mummy nih!
 encem mummy
Oat & Boy yi untuk Abbie, Bird Nest utk mummy & nenek...
Happy Mothers Day Emak!

Isnin
Dah penat berjalan untuk 2 hari berturut2, hari ini kami mengambil keputusan untuk berehat sahaja di rumah. Namun entah bagaimana, mr hubby tak habis2 dengan suprisenya...huhu apek tukang pasang ekon 2HP datang di tengah hari tat kala baby mengantuk nak tidur. Rupanya selepas membeli kipas baru (kipas lama kat hall rosak) honey made discision to install ekon kat hall. So..bunyik bising membuat abbie sukar tidur &bila dh siap..meninggalkan habuk2 & kotoran di hall kami..huhu penat lagik!! kne sapu, vacum & mop...dalam masa yang sama aku mengambil kesempatan untuk mengubah letak  kedudukan perabot di hall (macam la hall aku banyak perabot hahaha) so bila dh re-arrange..nampak lapang sangat hall tu...huhuhu (wonder bila lah my dream soffa akan masuk landing di hall ini? )
 My darling Abbie dah mula memanjat tangga!!
 Apa mummy? cannot climb staircase? so how can i go upstairs??
Ssshhhh....diam....Abbie sedang sibuk membaca buku cerita tu hehe
sekian~

fourseasonsdurians.com

Kalau kengkawan ada berkunjung ke Singapore jangan lupa untuk singgah di kedai Four Season Durian...kat situ ada terdapat Durian pancake yang sungguh lazat!!! Durian yang digunakan bukanlah durian biasa, ia durian D24 yang masih fresh. Aku hanya pernah merasai pancke durian, tetapi bukan itu sahaja yang menyelerakan..malah terdapat Durian Puff, Durian Mochi, Durian Cake, Durian Tart dan macam-macam lagi.
Durian Mochi
 Durian Puff

So...apa tunggu lagi...jom cuci mata kasi air liur meleleh kat link sisi --> http://www.fourseasonsdurians.com/

Singapore outlet:
Takashimaya Outlet :
391 Orchard Road, B207-3-2 Food Hall
Singapore 238873
Ang Mo Kio Outlet :
53 Ang Mo Kio Ave 3, #B2-28
Singapore 569933
Tiong Bahru Outlet :
Yew Tee Point Outlet :
21 Choa Chu Kang North 6, #B1-29
Singapore 689578
Next week i m going to AMK Hub outlet....jom shopping Durian Pancake!!!

Tuesday, 26 April 2011

Kunjungan Emak ke Kajang/Putrajaya

Pada 24-Apr Emak, Am & tunangnya Kiah datang bermalam di rumah kerana mereka ada urusan di Purtajaya pada 25 & 26 April. Mereka tiba di rumah kami pada jam 7malam dengan membawa juadah kenduri dari rumah wak yang berlangsung siang tadi. Terdapat bunga telur, kari daging, kari tulang, daging masak kicap, sambal jering (yummy!) dan nasi minyak. Wah sungguh menyelerakan, apa lagi...kami pun terus lah membelasah hidangan tersebut. Rasanya aku lah yang paling banyak makan, sebab hampir 3 kali nasi minyak ku tambah hahaha
Oleh kerana pada siang hari mak dah berpenat lelah membantu di rumah kenduri, so malam itu kami tidak bersembang lama memandangkan emak kepenatan dan esok aku akan berkerja. Kami masuk tidur dalam jam 930malam.
Namun, mimpi yang indah terganggu dek bunyi toilet di flush, erm...honey telah 2 kali berulang ke dalam tandas, dia sakit perut. Oleh kerana penat, aku menyambung tidurku yang terganggu tadi, manakala honey melihat2 baby kami yang sedang enak tidur. Jam 4pagi tidurku terganggu lagi, tapi kali ini honey sedang enak di ulit mimpi, sebaliknya perut ku yg asyik memulas...oh....aku pasrah kepada si mangkuk tandas itu. Namun keperitan itu tidak terus lenyap, dek kerana itu aku mengambil keputusan untuk menggosok pakaian honey & aku. Hajatnya nak gosok sampai stok 1 minggu, namun baru 8pcs baju di gosok, kesakitan menyerang lagi, dan untuk ke2 kalinya aku pasrah pada si mangkuk jamban itu. Jam telah menunjukkan jam 530pagi, lantas aku mengambil keputusan untuk mandi dan bersiap2 ke tempat kerja. Dan barulah ku tahu bila emak seawal pagi memberitahu ku adik ku, Am juga terkene sakit perut aka cirit birit. Dipendekkan cerita, kami semua terkena cirit birit disebabkan makanan kenduri itu dan akulah yang paling parah, menjadikan lawatan ke mangkuk jamban 7 kali dalam 1 hari hahaha

 Disebelah malamnya kami menikmati hidangan makan malam di Restaurant Chan Abdullah, BB Bangi. Kami hanya memanggil set yg simple iaitu Lala, rojak, telur dadar, kailan ikan masin, nasi putih & jus kedondong. Manakala si cilik abbie dengan hidangannya yang tersendiri gadum with honey. Selepas makan malam, kami berjalan2 di Metro Point. Memandangkan Emak telah terperap seharian di rumah, maka kami membawa Emak ke Metro Point seterusnya memperkenalkan rakan baik kami "GINTELL si kerusi urut" dan ternyata emak sangat menyukainya.
 Abbie buat muka bila mummy tak mahu menyuapkannya dengan hidangan kami.
Apabila nenek kata, bagi lah sikit nasi tu, wah dia terus happy!!

Berjalan2 di Metro Point membawa emak bersiar2 memang menghiburkan. Sebenarnya aku amat berharap emak & abah dapat tinggal bersama dengan kami namun mereka lebih selesa untuk tinggal di kampung.
 Emak, menantu & cucu
 Berurut dengan kawan baik kami GINTELL memang syokk, next nak bawa abah pulak lepak sini haha
Emak tersayang, bila malam menjelma dalam jam 1030malam , mak keracunanan makanan, muntah uweek2 yang sgt teruk & aku membawa emak ke KPJ Kajang tanpa mengambil kira kos nya asalkan emak cepat sembuh. Alhamdulillah selepas di masukkan 1 botol air, emak kembali pulih. Dengan kos perubatan RM570++ (kos tersebut termasuk ubatan, pemeriksaan darah, ECG, drip & consulation) dan ternyata dari medical report itu mak juga mengalami penyakit yang sama dengan abah iaitu sel darah putih terlebih & mak ada masalah jantung..huhu
YA ALLAH kau lanjutkan lah usia emak & abah, berilah mereka kesihatan & kebahagiaan, sentiasa dlm lindunganMU dan semoga aku dapat berbakti ke atas mereka berdua. Ameen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...