" Ohara means Family, Family means nobody left behind "

Tuesday, 15 May 2012

Our Garden

Sejak rumah kami dah pasang awning di garaj tu, redup je halaman rumah kami, wah bersemangat la kami terutamanya ako ni untuk menghias & bergardening. Minat ini bukanlah baru muncul, dah lama dah, as currently ai ada plant beberapa pasu Aloevera yang besar tu hok boleh di makan, bunga mawar yang wangi giler tu, pokok tanduk rusa & few pokok yang hanya berdaun hijau tanpa bunga [hahahaha sorry ako ni tanam pokok tapi tak tahu namanyer :P]

Selain itu ada jugak tersesat pokok kurma. Yes pokok kurma ini tumbuh dari biji kurma yang ako makan dan buangkan di dalam pasu bunga...tak sangka ia tumbuh hidup segar pulak tu...
hai....tunggu masa ia besar sikit kami alih kan ke pasu besar, mayb plan to transfer and tanam kat rumah di krubong perdana. bagus ni, kalau berbuah kurma lain kali tak payah beli lagi hahahhahaa 

Pokok kunyit mangga pun ada, kunyit biasa, halia, daun celery pun ada ai tanam....tu semua hasil dari beli belah tak habis takut kering ai cucuk dalam pasu...perghhh hidup pulak....
Soon, i plan nak tanam pokok pudina & basil leaf, ada auntie yang tanam keledek di tepi rumahnya tanam pokok basil & pudina segar & rimbun di tepi rumahnya, ingat nak beli anaknya dari situ.

So bila halaman dah redup, best bergardening & hias menghias ni, pokok2 tadi pun tak le terdedah dengan direct sunlight so takde la mati kepanasan hohohoho

 Minat tu saya share dengan encik hubby, maka hubby mencadangkan kami memasang garden tiles untuk nampak lebih sejuk & classic. So kami servey wooden garden tiles ni.
Kami cari di sekitar area kajang sendiri, ada jugak satu keping jual rm22 tapi nampak buruk, kami ke Houz deport di Damansara pun ada jual...chantek , solid wood harganya rm18 sekeping
tapi di IKEA harganya 1keping rm14 sahaja dengan kualiti yang average.
Kira ok lah...jimat rm4 kalau beli di Houz Deport.
Kami beli 3set wooden tiles ni dan balik rumah terus daddy pasang, semangat you....

Ini lah hasilnya..... tapi ada extra 3 keping.....maybe soon kalau ada rezeki boleh beli lagi 1set untuk sambung pasang disini.

So tak sabar weekend ni nak cari mini fence dan pasu bunga baru untuk deco our "mini garden" ni....
I wish to put buaian atau table kat sini, so petang2 boleh minum petang kat sini sambil abbie bermain car nya atau swimming pool. bestttttt


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...