Ini merupakan harta ke2 saya setelah saya mempunyai pendapatan sendiri, sebelum itu saya mempunyai sebuah motosikal Yamaha Sport NAF 2425 yang saya gunakan ketika belajar di UTM dan mula bekerja.
Sebelum saya convocations saya keluarkan Kelisa Biru ini, manual transmission pada bulan Oct 2004. Ini bagi memudahkan saya untuk pulang ke kampung dimana tiada bas express. Sebelum tu saya balik kampung naik bas, wallaweh...mengambil masa 1 hari baru nak sampai, padahal bukan jauhpun...karak tu jew...huhu
Pastu bila ada motor, saya balik kampung naik motor...
hahaha gambateh, sensorang je pun jadik tau.....masa tu kes rogol bunuh bakar tak le meleluas macam sekarang so saya memang tak takut....naik motor perjalanan balik hanya mengambil masa 2jamsetengah atau 3jam, ikut la...kalau saya merempit sampai motor jem hahaha sampai la 2jamsetengah...kalau tak 3jam
so far memang tak pernah lagi kene hujan, kene ngorat ada lah....wahahaha
Bila dah ada kereta , saya hantar motor balik kampung kasi mak abah pakai la...cukup la jasa motor tersebut, kalau dibiarkan di KL habis kene berak dengan tahi burung jew...
Bila ada kereta, jauh langkah saya, sampai ke bangsar nun tat kala malam hari
merempet berkereta pulak nengan kawan2 perempuan saya
kereta ni saya guna pinjaman bank dari CIMB, hutang selama 9tahun dengan muka <RM1000 and monthly payment hanya RM460.
InsyaAllah tahun depan bulan 10 habis la bayar..sikit2 lama2 habis kan....
So far saya memandu kereta ni, saya dah kne 4kali saman speed trap wahahaha
yang pertama pada tahun 2008 dalam satu bulan saya kene 2 saman RM600 melayang you...takde maaf bagimu
yang ke2 dalam tahun ini saya kene 2 lagi sama, di tol sg besi wahahaha masih dalam prosess rayuan....ai tanak bayor lagi wahahaha
Sepanjang 7 tahun memandu memang tak pernah eksiden, langgar orang tak pernah, tercium sikit motor atau kereta yang tengah parking while saya reverse car tu pernah jugak, tapi takde la major issue yang melibatkan kereta ini.
Yea....untuk makluman saya mempuntyai 2 lesen memandu, motor & kereta, tapi lesen kereta saya separuh "terbang" sikit hahaha
sebab? Masa test JPJ kereta mati atas bukit, sebabnya saya rasa dh free kan gear & lepaskan kaki dr clutch tapi rupanya kereta buruk, gear tak free lagi, saya suap la pegawai tu 50 .
tapi masa jalan raya,,,kebetulan hujan lebat, nak turun bukit sekolah memandu tu dan dan kambing melintas, mungkin saya tak memberek, tapi tak la sampai melanggar kambing tu,
pastu semasa tengah memandu, ada lopak air di atas jalan dan ada la pakcik tu naik basikal....dan pulak saya melanggar lopak air tu meneybab pak cik tu basah...
pastu semasa pulang ke sekolah memandu, ada lori panjang depan & belakang kereta saya, mungkin sebab saya memandu terlalu rapat, sampai JPJ tu tekan break....sudah.
dia gagalkan saya di atas jalan raya, kali kedua saya dh standby rm300 untuk terus lulus atas jalan raya
hahaha itulah salah silah lesen memandu saya, sebab tu bab pandu reverse or masuk parking sisi saya fail tettttt
neway takde la sampi nak langgar orang or langgar kereta orang kan.
tapi hujung tahun lepas, kereta saya telah dicium oleh sebijik wira sedan di atas highway seremban-kajang.
masa tu petang, odw balik dari melaka ke kajang.,
ini lah luka pertama akibat di langgar oleh wira tu, yang hampesnya si pemandu cina tu dah la tak mau bayar apa-apa, dia buat polis report pun tidak
so kami la terpaksa guna insuran kami untuk ketuk & ganti bumper tu huhuhu
Selang 3 bulan kemudia, sekali lagi kelisa biru ku ini dilanggar dari belakang
tak tahu lah kenapa suka sangat depa kiss montot kelisa ku yang gebu itu
kali ini saya memandu sendirian dari kilang hendak ke giant kelana jaya, dekat je lagi dgn kilang, dt bonggol western digital tu je
si mamat melayu ni dia pegi follow gua rapat2 pastu parking tyre dia atas bonggol tu, pastu agaknya dia lepas break dan langgar la belakang kereta tu. time tu semua kereta berhenti sebab lampu isyarat merah.,
wahahahha ako dah tak bleh kata pape pun, call hubby and tanya pakcik tu...pakcik nak buat report ke atau pakcik nak ganti bonet saya? saya tanak dh ketuk2 ni,, saya baru je ketuk 3 bulan lepas....
Storm yang melanggar kelisaku
Mujur la pakcik ni baik, kami sama2 pegi ke PJ Hilton nearby sebab ada polis traffic kat situ untuk buat report. 1 bulan juga menunggu keputusan kes.
Dalam masa 1 bulan untuk menunggu keputusan tu, sekali lagi odw balik dari pahang di MMR2 dt Melawati, semasa jem jugak, sorang cina naik vios ni dia at middle lane nak tukar ke 3rd lane, tanpa melihat kiri dan kanan dan melanggar sebuah motor yamaha sport yang dipandu oleh seorang pelajar i guess. Motor tu pun tercampak dan terkena pintu kelisa sebelah penumpang dan mamat tu terpelanting depan kelisa ku.
Mujur la hubby sempat break, kalau tak....tak tahu lah panjang ke tak umur mamat tu.
Masa tu ingatkan kereta kami takde pape...sebab dah petang, malas la nk wat report ke apa kami terus balik, abbie pun masa tu demam.
Sampai je kat rumah baru sedar pintu tu kemek! huhuhu
harunsalimbachik betul
So my hubby dah piss off dah, and he decided to change the bonet, bumper and tukar warna kelisa tu
kelisa tu kelisa saya, tentulah saya yang berhak menentukan kaler apa kan walaupun yang membayar kos nya adalah hubby saya hehehe
dari dulu saya suka kelisa kuning limited edition, cuma tak mampu je nak beli.
so di sg chua ni, hubby mendapat harga terbaik RM1600 full body pain termasuk dalam enjin.
Uncle tu dengan baik hati tolong fix kan pintu yang kemek tu, gantikan getah kereta yang hilang kene curik macam2 lagi la
Bila kereta dah cantik, hubby pun kata nak pasang spoiler
hehehhe
suka suka suka ;D
melawat en kelisa sebelum bertukar warna di bengkel
selepas 2 minggu ini lah hasilnya...
tara,,,,chantekkan
tapi,,,,uncle tu tersilap paint la, atas plet no tu patutnya keler itam la
tak kira nak repaint jugak
uncle tu ok je bila kita suruh dia repaint dan inilah hasilnya...chantek
kilat2 lagi :P
selepas tu kami mandikan bunga 2kali kat kelisa ni, dengan harapan menolak bala :P
sekian
No comments:
Post a Comment