" Ohara means Family, Family means nobody left behind "

Thursday, 26 April 2012

Abbie admitted at KPJ Kajang Specialist Hospital (2nd time)



Salam Jumaat mommies.....
Happy kan sebab esok dah cuti...hahaha saya baru je dua hari masuk kerja dah cuti....memang mood kemalasan melanda nowadays...malas betul nak bekerja hohoho
Abbie demam ON/OFF last week start on Thursday malam....so start malam khamis tu saya dah memang kurang tidur...nak kata tinggi sangat demam nya tidak jugak...max pun cecah 38C sahaja, namun sebab badan tak sedap bila terjaga malam Abbie terus menangis, lepas tu tak mo tidur dalam bilik, nak turun bawah je katanya sambil menundingkan jari ke pintu bilik nak turun ke bawah.
So start malam jumaat tu kami dah 2 malam tidur di hall. So bila dah tak cukup tidur, kepala saya ni pun pening la...dah la rabu/khamis tu saya komplain pening & mual...hohoho so MC la saya Jumaat lepas tapi Abbie saya tetap hantar ke rumah baby sitter supaya saya boleh berehat dengan cukup.

Jumaat malam tu abbie demam lagi,,alahai...macam mana nak piknik esok ni kan...so planning on saturday xtvt terpaksa di batalkan huhu [plan nak having breakfast and picnic at Botanical Garden, Putrajaya and lunch at Taiwan Beef Glass Noodles, di Taiwan House,Ampang] semua plan BATAL.

Sabtu & Ahad tu abbie refuse to eat and drink. siang tu kami terpaksa bagi air guna stringe and yang menyedihkan langsung tak makan. Buah strawberry kegemaran Abbie pun tidak di usik, biskut yang selalu menjadi makanan larangan pun dia tak mahu, steamed baby corn pun tak mahu...bubur sedap yang saya masak sabtu lunch tu dibuang macam tu sahaja huhu
Pendek kata semua makanan abbie tak mahu makan.
Kami ingat nak bawa berjumpa Doc Meena di KPJ sabtu tu [half day] tapi pagi sabtu tu ingatkan abbie masih boleh dibawa berunding untuk diajak makan. tapi sampai ke malam pun tak mahu makan, so malam tu jam 8malam kami membawa Abbie berjumpa Doc Yong di Balakong.
No fever (sebab demam abbie dah kebah) cuma batuk & flame (tapi tak sampai nak jadi otomen) and ulser/kemerahan di tekak. 

Ahad tu pun sama Abbie tak mahu makan & minum...Abbie kalau sihat pun memang susah nak menyusu inikan pulak time sakit...masyaALLAH kami amat2 worried and sedih bila tak satu pun makanan kegemaran dia di sentuh. [time anak sakit mcam ni la baru kita boleh listkan makanan kegemaran beliau untuk tackle mereka makan].
Tak boleh jadi ni, kami akan bawa Abbie untuk berjumpa doc Meena on Monday, buat blood test.
Mana tau ada kemungkinan di luar jangka, lagipun abbie dh tak minum & makan dah 2 hari, kami nak abbie drip air supaya dia tak dehidrated. Tapi FYI Abbie still budak yang aktif bermain sana sini even tak makan!
Resultnya...Abbie lost 300gm in 2 days! huhuhu


Bila berjumpa doc Meena [I respect her capability so much] as she can tell us by looking at Abbie skin yang abbie dah terdehidrat. warna kulit tu pun dah menunjukkan abbie kurang air. Dia kata kita buat blood test and you boleh balik tapi tengok pada kulit di tangannya tu nampak dia dah terdehidrat so you boleh stay 1 day for drip and nanti keluar result test darah, you boleh balik if result is ok.
Tambahan Abbie ada ulser yg teruk di throat & bengkak tonsil tu yang menyebabkan dia refuse milk,water & eat.

So Abbie kene la tahan wad, ini merupakan kali ke2 abbie admited, yang pertama masa abbie berusia 11bulan. Kami lebih selesa untuk tinggal di single room ward tapi dengan  insurance kami, we entitle for RM200 room which is normal single bed room tapi dah full, kalau nak Q kami orang ke 5 LOL...
Paed Single room mahal...RM300 , terlebih kang kene bayar sendiri tak mahu lah, so kami pun check in Paed Double bed cost us RM140 per night.  Terpaksa berkongsi dengan seorang lagi kanak2 yang sebaya dengan Abbie yang mengidap pneumonia. Wahahaha berkongsi ni faham-faham je la...Adik tu menjerit, Abbie menjerit, masing2 berlawan menjerit...meriah bilik tu....huhuhu

Di Paed ward, pesakit keluar masuk, ramai betul kanak-kanak yang sakit, kami berkenalan sesama sendiri di Play Room bilamana si Ibu membawa si anak yang sakit bermain, atau di ruang legar ward tu..bila si anak tadi merengek tak mahu duduk di dalam bilik macam Abbie. Huhuhu penat betul menjaganya di hospital, bayangkan Abbie tak mahu berada di dalam bilik...asyik nak berjalan seluruh ward, sampai tengah malam menangis tak mahu masuk bilik, terjerit2 sampaikan nurse terpaksa buka Play Room di jam 2pagi.
Play Room disini dibuka 8pagi sampai 12tghhari, dan dibuka semula jam 2ptg sampai 5ptg je.
Sebab Abbie tak demam, so dia sangat2 la aktif.
Bila pentang result pun keluar Doc Meena said abbie white blood cells border line, dibimbang dijangkit malaria/denggi, so nak kene repeat test esok pagi, kalau bacaan naik boleh le keluar ward, tambahan abbie memang tak demam dan dah drip satu botol.

Semasa di dalam ward, sempat la tahu ada juga seorang baby comel lote ni berusia 8bulan dari Cheras yang terkena Rota Virus...ha? serius cheras pun ada rota virus?? si ayahnye berkata...entah dari mana datangnya pun tak tahu huhuhu

Ada juga kes HFMD termasuk la anak x-bos saya yang admit 3 hari...she oso blurr dari mana datangnya virus tu sedangkan anaknya dijaga oleh ibunya sendiri huhuhu
Ada juga yang pnemonia, yang similar case dgn abbie - throat ulser sampai demam mencanak ke 39C
macam2 penyakit,. kesian melihat si kecil yang berbungkus tangannya huhuhu

2malam di hospital 4 kali darah abbie di periksa, untuk memastikan white blood cells abbie naik semula.
Alhamdulillah hari ke3 abbie boleh discharge dengan total cost RM27++.++
Juga ditaja oleh AIA, RM1000 dari total bill hanya kos untuk pemeriksaan darah!
wahahaha memang mahal KPJ ni tapi service dia tip top u.

 sedang menunggu giliran untuk berjumpa doc meena

 Dulu masa saya admitted takde lagi beg ni, tapi hospital pantai dah ada...
kira KPJ dah upgrade service dia la...bagus...
harga pun upgrade :P
dalam beg ni, ada berus gigi,ubat gigi, shampoo, sabun mandi, bedak, sikat, cotton buds, cup, tissue & face towel.
complete....dulu masa bersalin saya ingat kpj ada sediakan, so takde la saya bawa bende2 ni...tapi takde hampesss
sekarang thumb up!
cuma face towel tu boleh convert jadi tuala mandi macam pantaii hospital lagi bagus...

 ini terapi minda 
bukan untuk abbie, tapi untuk mommy abbie yang menunggu abbie di hospital
coklat dari kpj :)

 pemandangan dari katil abbie
paed ward katakan..memang tomei hahaha

 tangan si tecik yang kne drip, hari pertama tangan kanan, tapi bila petang hari ke2 tu ia mula leaking and kene buat line, baru
so malam hari ke dua bila dah confirm kene stay lagi satu malam, nurse buat lagi line baru kat tangan kiri
huhuhu terpaksa sebab abbie masih refuse to eat & drink 

 tag kaki abbie, saje letak kat kaki, tak mahu mengganggu tangan yang telah dicucuk & untuk menghisap jari tu

 abbie tidur lena bila badannya beransur sembuh
alhamdulillah

 sepanjang 3 hari 2 malam disini, abbie dripped 2 botol air

 di lobby hospital menunggu daddy yang menapaukan Spagetthi from secret recipe...
abbie's faveret
inilah makanan pertama abbie selepas few days tak makan huhu
[masa ni, abbie hanya makan kaya ball, spagetthi, soft roti]

 hari ke-2 kami minta baby cot untuk abbie
sebab sebelum tu semua baby cot telah di gunakan utk kanak2 lain
huhuhu

ini tempat lepak abbie
habis rm10 duit mommy melayan abbie bermain disini
dia suka massage chair
kene grab satu letak kat umah ni hehehe

comel je kan abbie tidur
hari rabu tu abbie dah sihat, abbie mula minum susu 3 x at day time 7oz sekali
malam pun 3x at 6oz
wahahaha
alhamdulillah up to today, abbie dah back to normal
makan roti bun sekali 2 biji, stoberi fav dia pun dia  makan
[wahhhhh....abbie dah faham apa itu stoberi...dt hall ai tanya abbie, do u want to eat stoberi?, abbie terus bangun dan berlari ke peti sejuk dan tunjukkan kan stoberi dalam tu...huhuhu]
cannot simply talk with abbie nowadays lol...


di play room abbie makes new friends hihi


balik je rumah, abbie terus main semua toys dia, ABC, book, crayon, car, windu & bertambah2 manja!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...