" Ohara means Family, Family means nobody left behind "

Thursday, 5 May 2011

Wisdom Teeth or Gigi Geraham bongsu

Salam Jumaat untuk semua kawan-kawan pengunjung blog saya ni, apa khabar kalian? sihat? Aku sudah 2 hari mengalami sakit tekak (mungkin akibat makan sambal Ayam Penyet dengan banyak) diikuti sakit gusi (aku rasa gigi geraham bongsu ku atau lebih dikenali sebagai wisdom teeth nk tumbuh). Kesakitan gusi sehingga menyukarkan aku untuk membuka mulut, dan kelihatan gusi membengkak atau terkoyak (mungkin sebab gigi tu nak keluar) dan juga sakit kepala seperti aku nak demam! huhu
Mujur lah hari ni sudah jumaat, harapan aku hujung minggu ini, kami akan pulang ke kampung hubby di Batu Pahat dan aku ingin berjumpa doktor gigi untuk mencuci gigi dan dalam masa yang sama untuk meminta doktor memeriksa gigi bongsu ku itu.
Apa yang aku tahu, gigi bongsu sepatutnya tumbuh dalam lingkaran umur 17-25 tahun. Namun sekarang aku berusia 29 tahun!! You all dah tumbuh gigi bongsu ker? huhu

Jom kita study simptom tentang gigi bongsu atau wisdom teeth ni:
symptoms:
  • Susah untuk membuka mulut
  • Sakit apabila menyunyah
  • Gusi yang terkebelakang sekali membengkak
Ramai yang berkata selalunya gigi bongsu ini akan dicabut bila ia terlalu menyakitkan atay tumbuh tersepit dan mengganggu gigi sediada. Yang terbaik, dapatkan nasihat dari doktor gigi anda...hehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...