Bila aku tercari-cari website untuk membeli pakaian Abbie yang murah2, aku terjumpa website ni qqbabyshop.com dan aku suka dengan harga romper dan CD yang berpatutan. Aku tak ketinggalan untuk meregisterkan diri menjadi member dengan menggunakan nick name Annietay. Bila jadi member baru aku tahu yang website ini akan menagdakan LIKE photo contest. Apalagi...aku tak ketinggalan untuk mencuba hehe
Contest yang pertama bertajuk "New Born Baby" dan aku mensubscribe gambar Abbie di atas. Alhamdulillah dengan sokongan ikhlas kawan2 di FB (ikhlas ker? hanya Allah yang tahu), Abbie terpilih untuk mendapat consolation prize yang bernilai RM20 yang di creditkan ke account kami. Duit tu aku lekatkan dengan membeli CD untuk Abbie. Alhamdulillah.
Selepas contest yang pertama, agak lama jugak aku tidak menshopping online kan diri, so aku pun takde lah masuk ke webpage QQ menyebabkan aku ketinggalan satu contest "NEW YEAR & Chirstmas Contest"...takpe lah bukan rezeki.
Namu Bulan March yang lalu aku berpeluang untuk menyertai "Happy Family Contest". Aku subscribe photo masa kami bercuti di Gold Coast Bagan Lalang. Harapan aku bukan lah untuk menjadi pemenang utama, cukuplah sekadar medapat consolation prize. Dan Alhamdulillah kami berjaya. Terima kasih kawan2 =)
Dan terbaru contest untuk bulan April ialah "Happy Bathing Photo". Aku menghantar gambar Abbie seperti di bawah. Dan seperti biasa aku mengharapkan sokongan kawan-kawan yang IKHLAS untuk membantu meningkatkan kadar Vote untuk Abbie. Walaupun jumlah kenalan di Facebook mencecah 600++ namun itu sekadar kawan "Facebook". Permintaan dan harapan ku ada yang di ingnore kan, ada juga yang mencomment sesuatu yang menguris hatiku, namun diantara mereka ada juga yang ikhlas tanpa dipinta meningkatan jumlah vote Abbie. Terima kasih!! Terima kasih daun keladi, bulan depan boleh tolong LIKE lagi hahaha
Contest baru bermula, so masih terlalu awal untuk menentukan samaada kami terpilih dalam senarai consolation memandangan jumlah peserta semakin bertambah huhu
Contest baru bermula, so masih terlalu awal untuk menentukan samaada kami terpilih dalam senarai consolation memandangan jumlah peserta semakin bertambah huhu
Terbaru untuk bulan hadapan, contest bersempena sambutan hari ibu "Happy Mother's Day Contest". Aku tidak ketinggalan untuk menghantar penyertaan. hehe masih menaruh harapan walaupun sokongan kawan-kawan agak mendukacitakan huhu
Aku menghantar gambar terbaru yang dirakam minggu lepas sewaktu kami makan di Ulu Langat.
Diharapkan kawan-kawan sudi membantu meningkatkan vote kami. Supaya kami dapat menilai kawan yang sejati. Yang sentiasa menemani di kala kita memerlukan. Yelah baru minta tolong free dah reject kan, kalau minta tolong nak pinjam duit lagi lah jangan harap =P
~ Hulurkan tangan....ringankan beban..~ hihi
No comments:
Post a Comment