" Ohara means Family, Family means nobody left behind "

Tuesday, 26 April 2011

Kunjungan Emak ke Kajang/Putrajaya

Pada 24-Apr Emak, Am & tunangnya Kiah datang bermalam di rumah kerana mereka ada urusan di Purtajaya pada 25 & 26 April. Mereka tiba di rumah kami pada jam 7malam dengan membawa juadah kenduri dari rumah wak yang berlangsung siang tadi. Terdapat bunga telur, kari daging, kari tulang, daging masak kicap, sambal jering (yummy!) dan nasi minyak. Wah sungguh menyelerakan, apa lagi...kami pun terus lah membelasah hidangan tersebut. Rasanya aku lah yang paling banyak makan, sebab hampir 3 kali nasi minyak ku tambah hahaha
Oleh kerana pada siang hari mak dah berpenat lelah membantu di rumah kenduri, so malam itu kami tidak bersembang lama memandangkan emak kepenatan dan esok aku akan berkerja. Kami masuk tidur dalam jam 930malam.
Namun, mimpi yang indah terganggu dek bunyi toilet di flush, erm...honey telah 2 kali berulang ke dalam tandas, dia sakit perut. Oleh kerana penat, aku menyambung tidurku yang terganggu tadi, manakala honey melihat2 baby kami yang sedang enak tidur. Jam 4pagi tidurku terganggu lagi, tapi kali ini honey sedang enak di ulit mimpi, sebaliknya perut ku yg asyik memulas...oh....aku pasrah kepada si mangkuk tandas itu. Namun keperitan itu tidak terus lenyap, dek kerana itu aku mengambil keputusan untuk menggosok pakaian honey & aku. Hajatnya nak gosok sampai stok 1 minggu, namun baru 8pcs baju di gosok, kesakitan menyerang lagi, dan untuk ke2 kalinya aku pasrah pada si mangkuk jamban itu. Jam telah menunjukkan jam 530pagi, lantas aku mengambil keputusan untuk mandi dan bersiap2 ke tempat kerja. Dan barulah ku tahu bila emak seawal pagi memberitahu ku adik ku, Am juga terkene sakit perut aka cirit birit. Dipendekkan cerita, kami semua terkena cirit birit disebabkan makanan kenduri itu dan akulah yang paling parah, menjadikan lawatan ke mangkuk jamban 7 kali dalam 1 hari hahaha

 Disebelah malamnya kami menikmati hidangan makan malam di Restaurant Chan Abdullah, BB Bangi. Kami hanya memanggil set yg simple iaitu Lala, rojak, telur dadar, kailan ikan masin, nasi putih & jus kedondong. Manakala si cilik abbie dengan hidangannya yang tersendiri gadum with honey. Selepas makan malam, kami berjalan2 di Metro Point. Memandangkan Emak telah terperap seharian di rumah, maka kami membawa Emak ke Metro Point seterusnya memperkenalkan rakan baik kami "GINTELL si kerusi urut" dan ternyata emak sangat menyukainya.
 Abbie buat muka bila mummy tak mahu menyuapkannya dengan hidangan kami.
Apabila nenek kata, bagi lah sikit nasi tu, wah dia terus happy!!

Berjalan2 di Metro Point membawa emak bersiar2 memang menghiburkan. Sebenarnya aku amat berharap emak & abah dapat tinggal bersama dengan kami namun mereka lebih selesa untuk tinggal di kampung.
 Emak, menantu & cucu
 Berurut dengan kawan baik kami GINTELL memang syokk, next nak bawa abah pulak lepak sini haha
Emak tersayang, bila malam menjelma dalam jam 1030malam , mak keracunanan makanan, muntah uweek2 yang sgt teruk & aku membawa emak ke KPJ Kajang tanpa mengambil kira kos nya asalkan emak cepat sembuh. Alhamdulillah selepas di masukkan 1 botol air, emak kembali pulih. Dengan kos perubatan RM570++ (kos tersebut termasuk ubatan, pemeriksaan darah, ECG, drip & consulation) dan ternyata dari medical report itu mak juga mengalami penyakit yang sama dengan abah iaitu sel darah putih terlebih & mak ada masalah jantung..huhu
YA ALLAH kau lanjutkan lah usia emak & abah, berilah mereka kesihatan & kebahagiaan, sentiasa dlm lindunganMU dan semoga aku dapat berbakti ke atas mereka berdua. Ameen


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...