" Ohara means Family, Family means nobody left behind "

Thursday, 28 April 2011

Aktiviti yang bakal dilakukan hujung minggu ini

Salam & selamat pagi semua pelawat2 blog aku walaupun singgah tanpa meninggalkan tapak...huhu Sedari semalam aku asyik memikirkan apakah aktiviti yang akan kami lakukan di hujung minggu akan datang. Maklum lah Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad yang mana Isnin menjadi replacment day menjadikan 3 hari kami bercuti. Sabtu kami akan menghadiri gathering bersama-sama rakan sekerja honey di Ulu Langat, aktiviti disebelah paginya seperti hujung minggu yang biasa, mengemas rumah, mencuci pakaian & menguruskan baby kesayangan kami. Jam 3ptg kami akan ke Sri Petaling untuk berkumpul di rumah bos honey & menjelang makan malam kami akan ke Ulu Langat.

Apa yang menjadi isu ialah memikirkan aktiviti yang bakal dilakukan pada hari Ahad & Isnin berikutnya. Erm....google sana, google sini aku terjumpa laman web diatas. Kelihatan menarik , tertarik & memang debom hahaha 
Antara yang termasuk dalam list to be consider is :
1- Pulau Ketam...teletak di Klang yang merupakan perkampungan nelayan & boleh menikmati hidangan  makanan laut di situ. (tapi jauh sgt dr rumah)
2- The Mines Wonderland....dekat je dgn rumah kami, ia terletak di seri kembangan, lebih merupakan in door xtvt memandangkan sekarang adalah musim hujan (tapi nampak mcm biase aje,...shopping complex)
3- Bird Park di KL....boleh bawa Abbie tengok burung2, ticket yang dikenakan RM20 untuk dewasa & RM10 untuk kanak2...erm...

So kami akan berbincang, harap2 en suami dapat membuat pilihan yang tepat, jangan at last kami movie marathon lagi dekat rumah....huuaarhhhhh....
Dan dalam masa yang sama , aku jugak sibuk mencari informasi untuk mengisi masa lawatan ku ke Kota Singa pada 11 ~ 13 May nanti. Maklumlah aku akan ditinggalkan oleh en suami yang akan ke Semiconductor Show di Suntec City.
Googling link ini http://www.focussingapore.com/interesting-singapore.html

Harap2 aku mempunyai keberanian untuk meneroka sendirian bersama Abbie. =)

2 comments:

  1. p la taman burung(bird park).tapi kena tgk cuaca la.. kalau hujan, sia-sia aje bayar tiket tue nanti..

    ReplyDelete
  2. itu lah Mar, tgk Mya dh pegi kan...kalau nk g mayb kne pegi pagi kot...sbb skrg asal petang hujan kan huhu ke Mar ada any suggestion?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...