Last weekend kami berdestinasi ke Batu Pahat, Johor, tapi on the way kami singgah di Melaka, melawat rumah kami di Air Keroh (yang menyewa pun abang ai jugak) pastu pegi ke town kononnya hubby ada urusan dengan lawyer rumah tapikan...sebab terlupa nak call dulu, lawyer tu bercuti la pulops, document kami disimpan di dalam peti deposit so tak boleh nak settlekan, so disebabkan masih ada banyak masa, hubby suggest kami masuk Coral Water World di dalam Dataran Pahlawan.
Dulu, mase memula tempat ni dibuka, ada terjual ticket di Everyday.com dengan hanya RM10 per entry untuk dewasa, tapi kami tak beli, sekarang sekali masuk RM30 sorang uuuuu
hahahha tapi belasah jew la, kan sekarang musim cuti sekolah, bawa anak2 berlibur, so ni kira holiday cuti sekolah untuk Abbie lah ni (macam la Abbie dah sekolah haha)
So guys, jom layan picca kami dalam ni, ada banyak ssangat hidupan laut tak teramik pula gambonya....
Nak amik video tak dibenarkan tapi ada jugak yang kami curi2 record :P
Ni di depan pintu masuk coral wonderland ,jarang kami dapat bergambar ber3 kalau tak ada orang lain tolong snapkan.
pssstt...mujur lah hari tu ai pakai jeans, selalunya kalau nak balik kampung, ai pakai seluar katak jew, sebab pikirkan tak singgah ke mana2 fuhhhh
Tunjukkan Abbie shark....nampak Abbie takutkan....memang dia penakut & penggeli
Ikan-ikan kat kolan dalam ni semua boleh disentuh, termasuk la ikan yang tah hape2 namanye, jelly fish, sea cucumber, pari dan banyakkk lagi (nak tau korank masuk sendiri :P)
Ikan ape tah ni, huduh benor ghupenye, hubby suh sentuh, kesat je kulit dier :P
Ini pulak tak sulaiman (eiii bukan ko yer yang bernama sulaiman,) tapi ini specis ikan starfish.
Macam tak percaya its real alive fish, sebab selalu ako pegang tapak sulaiman ni dh kaku keras dah mati, tapi kat sini belintuk2 dia gerakkan tapak nye hehehe
Ini ikan naga kuttt haha lupe pulak namanya tp ia spesis belut laut ya
Ini pulak sekitar kawasan batu karang yang chantek2
Ini mase tengak bagi makan shark yang kebuluran
kat sini ada d jual isi ikan RM10 1 bekas untuk kita feed shark or penyu (penyu makan ikan erk?)
tengah bagi makan shark
han ini lah en penyu
kesian jugak tengok penyu2 dan hidupan dalam ni yang terkurung
tapi kan kalau diorg tak buat macam ni, ako pun tak pernah tengok penyu
makan telur penyu pernah la (oooppppsssss)
hahahaa
ni pulak pelbagai spesis kuda laut
ini ikan banyak chantek kan, tapi ia beracun
ni gambo hubby dengan sea cucumber yang berwarna purple
jarang nampak ni, hok ni tak bleh makan kotttt
seahorses
ini obor2,
kalau masa baru masuk tadi kami dah pegang obor2 ni sampai lunyai hahaha
hanya ada 2 type obor2 yang boleh d pegang iaitu yang berwarna putih/jernih, purple atau hitam
yang lain tak bleh pegang sama ada beracun atau mempunyai electric.???
sebab dulu mase ako snorkling kat pulau tioman, ako terkena jejari obor2 warna merah, pastukan terjerit2 macam orang nak lemas, abg baywatch tu selamatkan ako dan bawa naik ke boat,
kesan kene jejari obor2 merah tu jadi macam kesan terbakar lepas tu berkudis macam lepas accident motor
sampai la tangan ako berparut kesan jejari obor2 tu
huhuhu
ni ancient fish, yang ni pun ako dh pegang tadi
tapi masa ako pegang dia nyorok dalam sarung dia, hok ni dia happy menguis2 pasir pakai muncung dia
muncung dia mcm belalai gajah
ni adalah hidupan tertua di dasar laut.
mata mcm mata alien
ini pulak ikan hantu, sebab macam hantu, tegak je macam ni
ini siapa tak kenal, si buaya darat!
ini huduh macam batu kan, tapi bukan batu tau, ini spesis ikan
stone fish
diam2 je dia akan ngap ikan2 yang singgah
Ha.....penat jugak la berjalan dalam tu, terkejar2 dengan si tecik ni, alahai...peramah betul
asyik nak ikut group orang lain jew....sib baik tak ilang
Dah habis jelajah , macam biase kita makan kat Restaurant Simply Fish
Restaurant feveret ako kalau singgah melaka town ni :)
dok membebel mereka berdua, buah hati kesayangan amba :)
Alang2 I terus wish Happy Fathers Day kat hubby, hahaha sebab rasa special pulak hari tu ngeeee~
Lepas makan tenyang2 kami pun memulakan perjalan ke batu pahat,
sampai batu pahat Abbie melepas kan rindukan kat Robinson Sonata ni
Bila lah dapat kami bawa pulang ke kajang, ini piano milik hubby, my MIL dah cakap, bawa sekali piano & organ ke kajang, memang planning kami sebelum Abbie turn 2 kami nak bawa, tapi masalah lorry tu belum jumpa lagi, siapa pulak nak tolong angkat piano yang berat ni huhuhu
cute kan
Abbie new BFF
Mr Turtle
Harrah's Cherokee Casino Resort - Hendon Mob
ReplyDeleteEntertainment at 시흥 출장샵 Harrah's Cherokee Casino Resort. Harrah's Cherokee Casino Resort 목포 출장샵 offers over 2,100 rooms and suites, Rating: 4.3 · 2,084 영천 출장샵 reviews · 동두천 출장샵 Price range: $$ 안성 출장안마