balik kampung ooooo balik kampung ooo balik kampung hati girang....
lalalala....
windu sungguh kat kampung halaman ku, sudah 2bulan tak balik, last balik masa my younger bro married, pastu tak dan nak balik, asal nak balik mak sibuk ada motorcross diorang nak meniaga, plan lain kali, mak kata mak pasang mozek kat dapur, berhabuk, kotor kang anak kamu tak selesa, plan lain kali, mak kata nak p johor, so kali ni even mak kata ada 6buah kenduri sekitar kampung, ako dok kire, ako nok balik jugak sebab dah windu banget.
Windu dengan mak, abah, windu dengan masakan emak huhuhu
so lepas subuh sabtu lepas, kami drive balik dari kajang melalui MRR2 untuk pulang ke Felda Chemomoi
owh bestnye......Abbie lah yang paling happy sebab dia ada BFF kat sini,
sepanjang 2 hari di sini, Abbie BFF tak fail untuk datang menghiburkannya.
Kebetulan mommy ada bawa pulang playdough tu yang sememangnya menjadi kesukaan BFF Abbie, wah happy, so mommy just tinggalkan playdough tu untuk dia.
Siapa BFF Abbie?
Tara....here BFF Abbie, abang Adam, tengok la aksi mereka yang berpelukkan tu, sayang dia.Adam anak kakak yang berusia 4tahun la.,...
Tarikh lahir adam sama dengan anniversary date kami, tu yang make him special to us :)
Adam nak ikut kami pulang, tapi siapa pulak nak menjaga nya nanti memandangkan ako bekerja huhu
sian adam, nanti kalau dtg kajang acik bawa pegi swimming pool ya, beli toys & play kite at bagan lalang
datang tau!
Okey, sebab kebetulan minggu itu adalah musim mengawan bagi penduduk chemomoi hahahha
ada 7 buah rumah yang mengadakan kenduri kahwin secara serentak!
Salah satu rumah yang dekat dengan rumah ako, so terpaksa la pergi
ekceli bukan lah terpaksa, tapi dengan rela kami marathon makan di rumah kenduri 2 rumah sehari hahaha
happy, balik bawa buah tangan dari tuan rumah, makan sampai lebam :P
Salah satu aktiviti yang disukai oleh Abbie is riding motorbike, ini moto atok yang baru dibelinya hasil menjual volvo lamanya tu, so Abbie sangat la happy dapat naik motor.
Kunci motor tu sentiasa dia pegang :P
FYI, Abbie takkan naik motor dengan sesiapa kecuali jika daddy nya yang drive
its about trust & security hahahahaha
So busy that weekend, petang tu jam 2pm baru kami bertolak pulang ke kajang, nak tahu apa yang mommy angkut balik?
ahahhaha ai angkut 1 tandan pisang raja muda, hubby distribute 1 sisir untuk jiran2 dan baby sitter abbie, hanya tinggal 1 sisir di rumah
kemudian mommy angkut daun pandan & daun kelsom siap dengan akar2nya......reason?
hahaha ini adalah satu lagi project menanam sendiri sayuran dirumah, jimat kan kalau setakat nk masak sikit.
Sempat lagi ai pesan kat emak untuk ambilkan anak pokok daun kari dari rumah mak long, lain kali balik, ai nak bawa anak pokok daun kari pulak. Nak tanam dalam pasu, lain kali kalau nk masak kan sedap letak daun kari.
Selain tu, dalam wish list ada daun basil & daun pudina, masih belum berkesempatan untuk membeli dari auntie yang tanam pokok keledek tu, mayb next 2 week boleh beli, beli dengan pasu sekali hahhaa
This weekend, we plan to go Melaka, settle cukai pintu, bayar lawyer utk urusan tukar nama flet di air keroh yang dah selesai tu and drive back to Batu Pahat.
Huh...penatkan tiap2 minggu travel huhuhu
Owh yer...update!
Update birthday Abbie yang ke-2, dah kompom tak jadi buat di kajang sebab...
macam last year, ai suka buat dirumah nenek sebab birthday abbie jatuh 2 minggu lagi nak puasa, so emak nak buat yassin dan kenduri sambut puasa, so boleh ler ai tumpang buat birthday party abbie, jimat.
Lagi pun kat sana ada ramai kanak2, especially Abbie BFF tu, rasa tak complete kalau tak celebrate dengan Adam ,
Kek macam biasa, kami bawakan khas dari KL, istimewa dari
UmmiOvenBakery :)
Sememangnya pilihan anda jugak :)
No comments:
Post a Comment