" Ohara means Family, Family means nobody left behind "

Wednesday, 18 May 2011

My Precious Darl My Sweetheart My Lovely lil' son

Budak tecik ini berusia 10bulan 2minggu, beratnya tidak pulak mummy tau sebab dh lama tak g check-up...last check-up when Abbie 7month old...next check-up is 7 July 2011 bila Abbie berusia 1tahun laa....
Erm....kat sini mummy nk kongsi berita yang mengembirakan kami, semasa di Spore, lebih tepat 12 May 2011, semasa mummy melepak di lobby hotel, ada la few pelancong asing melepak gak kat situ...so mase tu mummy dok sibuk membelek resit yang mummy shopping tadi,....mane tau salah punch kan ekeke Tetiba mummy perasan Abbie melambai tangan (wave bye bye) to a couple mat saleh tu...eh...how he did dat?? selama ni setiap pagi mummy lambai tak pulak dia sambut...tapi sejak hari tu, tangan kiri dia rajin betul membye-bye org hahaha
Bukan setakat itu sahaja,malah balik dari Singapore, Abbie juga suka bermain mata...apa tu?? Abbie suka kelip-kelip mata...mummy kelip, Abbie kelip, pastu kami sama-sama tertawa hahaha memang menghiburkan
pandainye baby mummy yang tecik nie...mmmuuuahhh kiss for Abbie
Selain dari suka bermain handphone,smartphone, laptop, remove Astro,remove TV dan semua suku sakat remote, Abbie juga sukakan buku! Yeah..agaknya sebab mummy suka membaca semasa kandungkan Abbie kott...tambahan pula semasa pulang ke Batu Pahat tempoh hari, sister Melinda memberikan beberapa buah buku untuk Abbie, temurun dari anak-anaknye yang sudah besar (JIMAT!!)
Memang kemana sahaja kami pergi, buku & ball mesti di bawa bersama, kerana itu merupakan "toys" kegemaran my darling Abbie.
Dan, yang lebih memeranjatkan bila semasa kunjungan emak ke Kajang, emak menyaksikan Abbie merangkak!! Lebih tepat pada 14-May-2011. Mummy hanya perasan pada keesokkan harinya huhu
Apa taknya, Abbie lebih pantas dan mengemari bergerak secara menyulur...mungkin sebab montot berat kott hahaha (itu kata atok), susulan dari aksi merangkak tu, dalam masa yang sama, Abbie telah mula menongeng-nonggengkan montotnya untuk berdiri dan seterusnya memulakan langkah pertama,,,,GOOD JOB cayang!!
cayok cayok!!!!
lepas nie mummy kene lebih berhati2 dengan tangga di rumah huhu
Abbie sememangnye petah berkata2...(bahasa dia lah) namun yang terfaham dek kami yang juga merupaka perkataan pertama Abbie is "pa pa" HAHA my hubby happy giler...namun sekarang Abbie juga telah pandai menyebut "ma ma" aduhhhh lemah luluh cair hati mummy dear ;)
Di kala aku mencoret catatan ini, hubby & Abbie sedang lena beradu,,,,I love you both!! Nenek panggil Abbie - adik,,,,so sweet, nenek bilang tunggu sampai Abbie 3tahun baru bag adik....hahaha boleh tahan ker??? daddy nak bagi Abbie adik tahun depan la nenek, sempena tahun Naga (Dragon year merupakan tahun fav bagi kaum Cina) InsyaALLAH kalau ada rezeki, mummy nk gegirl pulak...pastu baru boleh rest productiviti HAHAHA
~selamat malam~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...