Semperna ulang tahun perkahwinan kami yang ke-2 (Alhamdulillah syukur, perkahwinan kami masih teguh kukuh segar dan mewangi seharum mawar yang sedang memekar) kami iaitu aku lah yang telah merencanakan percutian kami ke Gold Coast Bagan Lalang. Memang berhajat sangat hendak merasai bermalam di dalam chalet di tengah lautan. Memandangkan semasa ulang tahun kami yang pertama, aku sedang mengandungkan baby Dhiya, segala niat untuk bercuti telah di tangguhkan. Maka walaupun harga Chalet semalaman bernilai RM600 suami ku yang tersayang dan amat memahami itu tetap mempersetujuinya. Syukur-syukur bertambah-tambah bahagianya hati ku ini tambahan pula ini adalah bersemperna destinasi percutian pertama untuk putera kesayangan kami, Dhiya Alexander. Walaupun our anniversary date fall on 28 February tetapi disebabkan ia jatuh pada hari Isnin yang mana semua orang tahu itu hari bekerja kecuali lah ada yg rasa malas,memonteng or nak MC, so kami mengambil keputusan untuk bercuti pada 26 & 27 February 2011.
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1jam dari rumah kami di Kajang,melalui Nilai, Sepang & seterusnya bagan lalang tidak lah terasa penat, kerana di penuhi perasaan yg sungguh teruja...hehehe ( Ini juga adalah percutian ke2 bagi kami selepas percutian bulan madu kami di Bali 2 tahun yang lepas) huh....lama sungguh tidak bercuti .
Kami check-in jam 12 tengah hari...dan terus bersantai di dalam bilik memandangkan cuaca yg panas di luar sana, rasanya menikmati keempukkan tilam & kedinginan air-cond itu lebih menjadi pilihan kami. Tambahan pula dengan kadar sewaan bilik RM600 satu malam rasanya ini lah masanya untuk kami terperap di dalam bilik. Sememangnya tiada aktiviti yang sangat menarik yang dapat di lakukan disini sekadar dengan suasana & konsep ia amat sesuai utk pasanagn yang baru mendirikan rumah tangga, kira honeymoon la tu hihi
Gambar di atas menunjukkan suasana di bilik kami seawal kami memasuki bilik ini, mmg best...rasa nk terperok sahaja di dalam bilik dan abbie, terus sahaja berguling2 keseronokkan...percutian pertamanya....akan di ingat seumur hayatnya. Dibawah adalah pemandangan di sekitar chalet kami.
Untuk mereka yang menyukai laut, sememangnya tempat ini haruslah di kunjungi...amat mendamaikan.
Selaian dari melepak di dalam bilik, lama2 tentu bosankan...so kami pun meneroka tempat ini, kami pergi ke kolam renang. Kolam renang ini terbuka dan menampakkan lautan yang terbentang luas. Memamg indah terutamanya apabila sunset . Perasaan romatik dan tiba-tiba aku rindukan Jimbaran...pesisiran laut di bali yang menyajikan hidangan makanan laut semasa kujungan kami semperna bulan madu di sana...sunset nya SUNGGUH indah!!
My hubby tidak ketinggalan untuk merasai kehangatan air di kolam renang tersebut, I oso wish but memandangkan si kecil ku ada bersama, ku lupakan sahaja hasrat itu. Namun teringin juga nak merendamkan si kecil ini di dalam pool kanak2..namun memikirkan kulit baby yang sensitif dan kehadiran klorin di dalam pool tersebut, maka aku & abbie hanya menjadi penonton untuk daddy.
Setelah puas di menikmati suasana di kolam renang tersebut, kami bersiap2 disebelah petangnya untuk bersiar2 di tepian pantai....memang seronok. Aku menyukai & menyintai suasan di tepian laut. Hembusan angin yang mendamaikan, bunyi ombak yang menggetarkan jiwa...seolah2 aku mrindui seseorang haha (aku rindukan saat aku belajar di MRSM Kota Putra, Besut) aku banyak menghabiskan masa ku sendirian , menelaah nota menghadap laut, mebiarkan wajah remaja ku yang dulu di hempas oleh angin lautan yang begitu menenangkan...oh indahnya perasaan ku ketika itu...
Dan di sini, di bagan lalang, aku bahagia dengan suami & anak ku tersayang. En suami lagaknya seperti anak kecil, apabila dia beriya2 untuk bermain layang2....layang2 dijual murah di situ, boleh didapati dengan harga RM13 dan honey leka bermain bersama putera kesayangan kami....sangat mesra hubungan antara bapa & anak ini....hati ku berbunga2 bahagia.
Di sebelah malamnya, kami menikmati hidangan makanan laut diluar kewasan chalet. Mana taknya buffet dinner disini harganya RM80 untuk seorang & bukan nya kami tidak berkemapuan, tetapi merasakan membazir kerana kami bukan lah pemakan yang banyak sekarang. So kami memandu keluar di sebuah restoran tempatan. Hanya rm80 untuk 2 orang...memang berbaloi hahaha
Malangnya, pada malam hari tat kala abbie sedang asyik beradu, bekalan elektrik terputus lebih kurang 45minit!! Dan diikuti di sebelah pagi lebih kurang jam 7pagi. Memandangakn tempat percutian ini berbintang jugak, kami insist to get ganti rugi disebabkan kegagalan mereka memberikan khidmat yang trebaik. Maka, kami di sajikan dengan FREE breakfast yang bernilai RM40 untuk seorang hehe memang berbaloi.
Selepas bersarapan, kami berkemas untuk check-out & seterusnya meninggalkan Bagan Lalang destinasi percutian ulang tahun kami yang ke-2 dan percutian pertama baby Dhiya Alexander =)
Just want to share for your next holiday,I have Golden palm tree (IVC) membership card..so can get as low 350-400/night.Please feel free to contact me at abuburn888@gmail.com (0122208140)
ReplyDelete